Showing posts with label penyelesaian. Show all posts
Showing posts with label penyelesaian. Show all posts

2 April 2012

Kitar Semula

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!
\
Kitar semula.. apa barangngan yang boleh dikitar semula?
Terlalu banyak barangan yang boleh kita kitar semula..
Contoh yang berkaitan dengan membeli belah ini adalah..
Beg..cuba anda hitungkan berapa banyak beg yang anda ada sekarang?
Ingat balik bilakah hari terakhira anda membeli beg?
Mulai hari ini anda jangan beli beg.. guna balik beg yang lama jadi baru..
Mudah caranya.. jika koyak tampal dengan kain perca.. jika zipnya rosak.. jahit semula.. jika warnanya lusuh dan tidak menarik minat..jahit dengan manik-manik atau potongan gambar yang ceria seperti Angry Bird atau bunga-bunga..
Cuba anda buat.. mesti anda bangga dengan hasilnya..



  Mulai hari ini anda sudah tidak perlu menggunakan plastik ketika membeli belah.. anda juga tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli beg..hanya menggunakan peralatan yang sudah sedia ada di rumah..

Kedua, baju.. apa agaknya yang boleh dibuat dengan baju?
Cuba buka almari masing-masing.. belambaknya baju bukan?
Kalau di asingkan baju lama dengan baju baru sudah semestinya banyak baju baru.. tapi apa yang anda buat dengan baju-baju lama?
Ingat! Jangan buang!
Adik-adik anda boleh guna lagi kalau tidak anda tidak muat.. kalau mereka kata "Baju ini buruk la kakak!"
Anda ambil baju tersebut.. Ubahsuai baju tersebut..
Kalau koyak.. tampal dengan gambar-gambar yang baru atau yang lama.. kalau tidak pun.. ambil kain perca buat corak-corak..selepas itu tampal..
wah! mesti menarik bukan?

 Jika difikirkan...ada gunanya kita berkitar semula..dapat mengurangkan perbelanjaan bukan?

Jadi ingat...Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan...


1 April 2012

Keliling Rumah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!
Hai semua! Kali ini saya ingin mengajak anda cara untuk berjimat di sekeliling rumah..
Agak pelik ayatnya.. Setiap hari anda akan ke pasar untuk membeli sayur-sayuran bukan??
Apa kata kita guna kaedah yang saya namakan sendiri TJM iaitu
Tanam, Jaga dan Makan
Sekeliling rumah anda pastinya ada tanah bukan?
Tidak kira sebidang, sekaki atau sepasu pasti boleh untuk anda menanam sekurang-kurangnya satu jenis tanaman bukan?
Apa kata mulai sekarang anda kurangkan beli sayuran di pasar dengan bercucuk tanam di sekeliling rumah anda. 
Di samping itu, kita dapat mencergaskan tubuh badan dengan bekerja. Tidaklah ke sekolah atau tempat kerja lemah longlai sahaja.
Walaupun hanya sejenis tanaman sahaja namun dapat membantu membanyakkan oksigen di bumi ini.
Anda mesti sayang bumi ini bukan?



-Jom contohi saya..-

Cuba anda renungkan
"Anda menanam tanaman jenis sawi, makin hari makin banyak sawi anda.. Anda ajak jiran tetangga menanam juga dan mereka menanam tanaman lain seperti terung, lobak dan sebagainya. Jika dikumpulkan mesti banyak bukan? Sedap mata memandang. Jika hasilnya ditukar-tukar saya percaya pasar lengang tidak ramai orang. Mana tidaknya, semua orang sudah mula bercucuk tanam. Udara yang kita sedut pun bersih, nyaman rasanya.."

Jadi renung-renungkanlah. Mulakan bercucuk tanam untuk menjimatkan pembelanjaan.

jutaan terima kasih : Tuan Tanah

..Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan..