13 April 2012

Hak-hak Pengguna

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!
Adakah anda tahu mengenai hak kita sebagai pengguna??
Teruskan membaca!
Saya jelaskan lagi apakah hak yang kita ada sebagai seorang pengguna..

Hak untuk MENDAPAT KEPERLUAN ASAS
Kita berhak untuk dapatkan barangan dan perkhidmatan asas
bagi menjamin kehidupan yang memuaskan.

pakaian
makanan
tempat tinggal

Hak untuk MENDAPATKAN KESELAMATAN
Kita berhak dilindungi daripada barangan,proses pengeluaran dan perkhidmatan yang membahaykan kesihatn dan kehidupan.Jadi kita perlu tahu peraturan yang berkaitan dengan keselamatn pengguna.



Hak untuk mendapatkan MAKLUMAT
Kita perlu mendapatkan maklumat yang kukuh tentang sesuatu supaya kita tidak ditipu dengan senang-senangnya.


Hak unutk membuat PILIHAN
Kita juga diberi kebebasan untuk membuat pilihan ketika membeli atau membuat sesuatu keputusan. Orang lain tidak boleh memaksa kita untuk membuat pilihan. Tapi ingat memesti berpada-pada semasa membuat pilhan. Jangan sampai satu hari duduk depan kedai pilih barang yang kita mahukan.

Hak untuk BERSUARA
Kita juga boleh menyuarakan pendapat atau pandangan kerana pengguna hendakalah diberikan perhatian dalam aktiviti kepenggunaan.


Hak untuk mendapatkan ALAM SEKITAR YANG SELAMAT
Kita berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Kita perlu memperjuangkan hak ini untuk mendapatkan kebebasan dari pencemaran yang ada di negara kita.


Hak untuk mendapatkan GANTI RUGI
Kita berhak meminta ganti rugi sekiranya barang yang kita beli telah kemek atau rosak. Minta ganti rugi pada penjual barang tersebut. Justeru, kita perlu bijak memilih barang..jangan pilih barang yang dah rosak..

Hak untuk mendapatkan PENDIDIKAN PENGGUNA
Kita juga perlu mendapatkan pendidikan mengenai kepenggunaan dengan menghadiri kempen-kempen yang  berkaitan kepenggunaan. 


Jadi ini adalah 8 Hak Pengguna, kita perlu memperjuangkan hak kita sebagai pengguna..
ingat...

Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan...

No comments:

Post a Comment