1 April 2012

Keliling Rumah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!
Hai semua! Kali ini saya ingin mengajak anda cara untuk berjimat di sekeliling rumah..
Agak pelik ayatnya.. Setiap hari anda akan ke pasar untuk membeli sayur-sayuran bukan??
Apa kata kita guna kaedah yang saya namakan sendiri TJM iaitu
Tanam, Jaga dan Makan
Sekeliling rumah anda pastinya ada tanah bukan?
Tidak kira sebidang, sekaki atau sepasu pasti boleh untuk anda menanam sekurang-kurangnya satu jenis tanaman bukan?
Apa kata mulai sekarang anda kurangkan beli sayuran di pasar dengan bercucuk tanam di sekeliling rumah anda. 
Di samping itu, kita dapat mencergaskan tubuh badan dengan bekerja. Tidaklah ke sekolah atau tempat kerja lemah longlai sahaja.
Walaupun hanya sejenis tanaman sahaja namun dapat membantu membanyakkan oksigen di bumi ini.
Anda mesti sayang bumi ini bukan?



-Jom contohi saya..-

Cuba anda renungkan
"Anda menanam tanaman jenis sawi, makin hari makin banyak sawi anda.. Anda ajak jiran tetangga menanam juga dan mereka menanam tanaman lain seperti terung, lobak dan sebagainya. Jika dikumpulkan mesti banyak bukan? Sedap mata memandang. Jika hasilnya ditukar-tukar saya percaya pasar lengang tidak ramai orang. Mana tidaknya, semua orang sudah mula bercucuk tanam. Udara yang kita sedut pun bersih, nyaman rasanya.."

Jadi renung-renungkanlah. Mulakan bercucuk tanam untuk menjimatkan pembelanjaan.

jutaan terima kasih : Tuan Tanah

..Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan..



No comments:

Post a Comment