13 April 2012

Hak-hak Pengguna

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!
Adakah anda tahu mengenai hak kita sebagai pengguna??
Teruskan membaca!
Saya jelaskan lagi apakah hak yang kita ada sebagai seorang pengguna..

Hak untuk MENDAPAT KEPERLUAN ASAS
Kita berhak untuk dapatkan barangan dan perkhidmatan asas
bagi menjamin kehidupan yang memuaskan.

pakaian
makanan
tempat tinggal

Hak untuk MENDAPATKAN KESELAMATAN
Kita berhak dilindungi daripada barangan,proses pengeluaran dan perkhidmatan yang membahaykan kesihatn dan kehidupan.Jadi kita perlu tahu peraturan yang berkaitan dengan keselamatn pengguna.



Hak untuk mendapatkan MAKLUMAT
Kita perlu mendapatkan maklumat yang kukuh tentang sesuatu supaya kita tidak ditipu dengan senang-senangnya.


Hak unutk membuat PILIHAN
Kita juga diberi kebebasan untuk membuat pilihan ketika membeli atau membuat sesuatu keputusan. Orang lain tidak boleh memaksa kita untuk membuat pilihan. Tapi ingat memesti berpada-pada semasa membuat pilhan. Jangan sampai satu hari duduk depan kedai pilih barang yang kita mahukan.

Hak untuk BERSUARA
Kita juga boleh menyuarakan pendapat atau pandangan kerana pengguna hendakalah diberikan perhatian dalam aktiviti kepenggunaan.


Hak untuk mendapatkan ALAM SEKITAR YANG SELAMAT
Kita berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Kita perlu memperjuangkan hak ini untuk mendapatkan kebebasan dari pencemaran yang ada di negara kita.


Hak untuk mendapatkan GANTI RUGI
Kita berhak meminta ganti rugi sekiranya barang yang kita beli telah kemek atau rosak. Minta ganti rugi pada penjual barang tersebut. Justeru, kita perlu bijak memilih barang..jangan pilih barang yang dah rosak..

Hak untuk mendapatkan PENDIDIKAN PENGGUNA
Kita juga perlu mendapatkan pendidikan mengenai kepenggunaan dengan menghadiri kempen-kempen yang  berkaitan kepenggunaan. 


Jadi ini adalah 8 Hak Pengguna, kita perlu memperjuangkan hak kita sebagai pengguna..
ingat...

Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan...

4 April 2012

CIPKPS

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!
Semalam.. sekolah kami menghantar wakil peringkat negeri ke
Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah 2012 Peringkat Negeri Johor.

Kami menyokong aktiviti ini sebab dapat melahirkan pelajar yang bermaklumat dan berpengetahuan untuk menjadi pengguna yang bijak..

namun begitu, kami hanya menjadi peserta sahaja setelah sekolah dari daerah Segamat diumumkan sebagai Johan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah pada tahun ini..
Apa-apa pun kami ucapkan tahniah kepada mereka dan selamat maju jaya unutk ke peringkat kebangsaan di Putrajaya nanti..

..Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan..

2 April 2012

Kitar Semula

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!
\
Kitar semula.. apa barangngan yang boleh dikitar semula?
Terlalu banyak barangan yang boleh kita kitar semula..
Contoh yang berkaitan dengan membeli belah ini adalah..
Beg..cuba anda hitungkan berapa banyak beg yang anda ada sekarang?
Ingat balik bilakah hari terakhira anda membeli beg?
Mulai hari ini anda jangan beli beg.. guna balik beg yang lama jadi baru..
Mudah caranya.. jika koyak tampal dengan kain perca.. jika zipnya rosak.. jahit semula.. jika warnanya lusuh dan tidak menarik minat..jahit dengan manik-manik atau potongan gambar yang ceria seperti Angry Bird atau bunga-bunga..
Cuba anda buat.. mesti anda bangga dengan hasilnya..



  Mulai hari ini anda sudah tidak perlu menggunakan plastik ketika membeli belah.. anda juga tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli beg..hanya menggunakan peralatan yang sudah sedia ada di rumah..

Kedua, baju.. apa agaknya yang boleh dibuat dengan baju?
Cuba buka almari masing-masing.. belambaknya baju bukan?
Kalau di asingkan baju lama dengan baju baru sudah semestinya banyak baju baru.. tapi apa yang anda buat dengan baju-baju lama?
Ingat! Jangan buang!
Adik-adik anda boleh guna lagi kalau tidak anda tidak muat.. kalau mereka kata "Baju ini buruk la kakak!"
Anda ambil baju tersebut.. Ubahsuai baju tersebut..
Kalau koyak.. tampal dengan gambar-gambar yang baru atau yang lama.. kalau tidak pun.. ambil kain perca buat corak-corak..selepas itu tampal..
wah! mesti menarik bukan?

 Jika difikirkan...ada gunanya kita berkitar semula..dapat mengurangkan perbelanjaan bukan?

Jadi ingat...Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan...


1 April 2012

Keliling Rumah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!
Hai semua! Kali ini saya ingin mengajak anda cara untuk berjimat di sekeliling rumah..
Agak pelik ayatnya.. Setiap hari anda akan ke pasar untuk membeli sayur-sayuran bukan??
Apa kata kita guna kaedah yang saya namakan sendiri TJM iaitu
Tanam, Jaga dan Makan
Sekeliling rumah anda pastinya ada tanah bukan?
Tidak kira sebidang, sekaki atau sepasu pasti boleh untuk anda menanam sekurang-kurangnya satu jenis tanaman bukan?
Apa kata mulai sekarang anda kurangkan beli sayuran di pasar dengan bercucuk tanam di sekeliling rumah anda. 
Di samping itu, kita dapat mencergaskan tubuh badan dengan bekerja. Tidaklah ke sekolah atau tempat kerja lemah longlai sahaja.
Walaupun hanya sejenis tanaman sahaja namun dapat membantu membanyakkan oksigen di bumi ini.
Anda mesti sayang bumi ini bukan?



-Jom contohi saya..-

Cuba anda renungkan
"Anda menanam tanaman jenis sawi, makin hari makin banyak sawi anda.. Anda ajak jiran tetangga menanam juga dan mereka menanam tanaman lain seperti terung, lobak dan sebagainya. Jika dikumpulkan mesti banyak bukan? Sedap mata memandang. Jika hasilnya ditukar-tukar saya percaya pasar lengang tidak ramai orang. Mana tidaknya, semua orang sudah mula bercucuk tanam. Udara yang kita sedut pun bersih, nyaman rasanya.."

Jadi renung-renungkanlah. Mulakan bercucuk tanam untuk menjimatkan pembelanjaan.

jutaan terima kasih : Tuan Tanah

..Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan..